Thursday, November 14, 2013

bahagia.happy.gembira

life may not always as what we wished it would be. kadang-kadang kita gembira tp kadang-kadang kita sedih, sekejap kat atas sekejap kat bawah. hidup tak selalunya gembira. masalah, ujian, halangan datang untuk mendewasakan kita. buat kita lebih bijak menilai. buat kita semakin tabah. buat kita semakin kuat sebenarnya.

walaupun bertimbun-timbun assignment, presentation dan test, i'm still happy with my life now. yess, now! seronok jadi diri yg sekarang. single. cantik. baik. comel. sukanya bila perasan sorang-sorang macam ni. biar je orang nk kata apa, janji kita happy.hehehe. it could help us actually to be more confident. betul lah kan? siapa lagi yg nak puji diri kita. this is what i've been doing everyday. pagi-pagi da puji diri sendiri depan cermin. you guys should try it but don't be too extreme.haha.

sebenarnya kann, saje je buat entry ni sebab nk bagitau future husband suruh dia masuk meminang cepat-cepat. sukalah tengok baby yg kiut-miut. tak sabar nk jadi mama. i may not know who is he and where is he now, but i wish he could find me as soon as he can. saya tunggu awak tau. jaga diri elok-elok.

:)

Sunday, October 6, 2013

senior year!

pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk sem 5. tak sabarnya nk habiskan study, da pening kepala asyik nampak buku je although tak baca. sangat pemalas okay! orang kata final year is a chaotic and havoc year but it seems like a celebration year for me. why amal, why? tolonglah taubat pergi baca buku sana. it seems like i have found my best clicks ever, we share same passion. kami suka makan dan kami suka berjalan! weehoooo..

disebabkan kegilaan kami yg suka makan dan berjalan, maka semakin nipislah duit poket. but it's okay. orang kata, we can't never buy memories. yeah, it will be the best memories ever during my senior year. thanx guys for making my senior year wonderful and fantastic. you guys are the best! puji lambung-lambung sikit, boleh pergi jalan lagi. motif sangat.ahaha.. okay okay, inilah mereka-mereka yg selalu buat saya happy di bumi seri iskandar yg bosan ini.

sarah, mira, me, kak silah, kak zati

us again. makan itu wajib :)

lost world of tambun was seriously superb tp jadi tak superb bila makin gelap. tskkk. anyway, there's so much memories there. kena beli seluar lah, pelampung hilang lah and the great part was naik pirate ship. sukanya bila dapat rasa duduk belakang sekali, sangat cool. tp kan tp kan, paling best bila dapat makan ais kacang aunty dekat gerbang malam. boleh termimpi-mimpi. by the way, thanx mira for bringing us to your house. semua tidur lambat sebab sibuk cerita pasal topik best. perempuan tak sah kalau tak gossip. perempuan kann.


aishah, kak silah, kak zati, me
kami memang suka makan!


we went to bosteud naval shipyard last friday for some interview session. alang-alang da sampai lumut, memang tak sah kalau tak makan seafood. we were having our dinner at beach bistro teluk batik and the food was awesome. kalau rasa macam mengidam seafood, this is the right place. 

so, my senior year is basically fill up with makan-makan, jalan-jalan and bersuka-ria. orang sibuk belajar, saya sibuk berjalan. tolong jangan contohi saya, sila belajar sungguh-sungguh ye!





notakaki:dahlupamacammananaktukarlayoutblog,gelisangatlahpinkpinkmacamni.





Tuesday, September 24, 2013

kenangan

kusangkakan panas berpanjangan
rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
dalam tak sedar ku kebasahan

pernah juga kau pinta perpisahan
aku sangkakan itu hanyalah gurauan
nyata kau serius dalam senyuman

bukan sekejap denganmu
bukan mainan hasratku
engkau pun tahu niatku
tulus dan suci

senang benar kau ucapkan
kau anggap itu suratan
sikit pun riak wajahmu
tiada terkilan

hanya aku separuh nyawa
menahan sebak di dada
sedangkan kau bersahaja
berlalu tanpa kata
terasa diri amat terhina 
kau lakukan

sia-sia ku korban selama ini
jika kasihku jika cintaku
tak kau hargai
dalam tak sedar ku menangis

2 tahun 4 bulan bukan masa yang singkat. suka duka ketawa menangis, terlalu banyak kenangan dan memori. memang bukan cinta pertama, tp ini yg paling aku ambil serius. orang kata hubungan jarak jauh memang selalu susah, tp aku cuba tangkis semua pandangan orang. aku percaya jika kita betul sayangkan seseorang, kita takkan buat apa yg boleh mengikis kepercayaan pasangan kita dan kita takkan buat apa yg dia tak suka walaupun dia taktau. kesetiaan akan buat kita berjaga-jaga dalam setiap tingkahlaku. itu yg aku pegang, sampai sekarang. 

tapi walau sekuat mana aku cuba, takdir Allah tiada siapa yg tahu, kita hanya boleh merancang selebihnya semua urusan-Nya. mungkin dia memang bukan jodoh aku, hanya Dia yg tahu. mungkin juga aku bukan yg terbaik untuknya dan dia bukan yg terbaik untukku. banyak yg aku belajar kali ini. banyak iktibar, banyak pengajaran yg aku dapat. jangan terlampau percaya. jangan terlampau lemah, janga terlampau mengikut hati. hargai orang yg sayangkan kita. kalau sayang buktikan, kalau ak jangan beri harapan. hanya satu doaku, semoga dia bahagia dengan orang baru.